My Life : Arif Abdul Rahman
Monday, 15 August 2016
Sunday, 14 August 2016
Percaya tak dulu aku seorang pelajar Akaun?
Kawan baik aku dulu nama dia Vellumani. Aku selalu tanya dia how you calculate a value of money? Nama nak dekat sama kan. Tengok dari jauh kiteorang macam taik cicak sikit. Waktu ini selepas habis last paper kot kertas Ekonomi Asas tak silap aku.
Pra Graduasi di Hotel De Palma Shah Alam rasanya. Aku mendapat pertauliahan sempena tamat sudah SPM walaupun belum jawab exam lagi. Perkara yang aku tak boleh lupakan aku antara pelajar yang dapat pelajar cemerlang dari segi kehadiran penuh. Gila kau aku ponteng, mau mak aku mengamuk. So dengan skemanya tak heran lah kan dapat medal kehadiran penuh.
Monday, 20 July 2015
First Job : Gelato Fruity
Dulu-dulu aku pernah kerja dekat Gelato Fruity di AEON Anggun, Rawang. Aku habis sahaja SPM aku terus mencari kerja mula-mula di sungai buloh. Aku dapat kerja di sebuah kedai buku di Sungai Buloh, tetapi aku hanya bertahan selama dua hari sahaja kerana pada hari ketiga aku mendapat tawaran daripada rakan sekelas aku sendiri Syahir, untuk menyertai kerja di Gelato Fruity.
Santai di Kedai Ogawa |
Mencari Rezeki |
Syafiqah dan Miera |
Waniey dan Syafiqah |
Wednesday, 15 July 2015
SMK Seri Kundang
SMKSK atau dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang merupakan tempat terakhir aku menuntut ilmu di sekolah sebelum melangkah ke alam Universiti. Daripada tingkatan 1 sampai lah ke tingkatan 5 dengan menduduki SPM dan graduasi sebagai pelajar SMK Seri Kundang dan kini lebih dikenali sebagai SKUSES. Apa yang menarik pasal sekolah ini, kerap menjadi tuan rumah untuk pertandingan kawad kaki kerana keluasan tapaknya petak dan sangat besar.
1 Kundang 4 (2007) |
Kelas yang pernah diduduki daripada tingkatan 1 - 5 (2007 - 2011)
- Tingkatan 1 : 1K4
- Tingkatan 2 : 2K5
- Tingkatan 3 : 3K6 > 3K5 (PMR)
- Tingkatan 4 : 4 Akaun
- Tingkatan 5 : 5 Akaun (SPM)
5 Akaun (2011) |
Tuesday, 14 July 2015
Sidang Redaksi 2010 - 2011
Sidang Redaksi 2010 (SMK Seri Kundang) |
Pada tahun 2010, aku berusia 16 tahun persamaan tingkatan 4 bersekolah di SMK Seri Kundang. Pada tahun itu juga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang telah membina satu kelab baru yang dinamakan Kelab Sidang Redaksi dimana kelab itu ditugaskan mengawal bahagian publisiti sekolah dan juga membuat majalah sekolah yang pertama dalam sejarah sekolah itu. Aku ingat lagi Pn.Haryati Hashim telah membuat pemilihan untuk menjadi ahli kelab ini. Pada waktu itu aku tidak berapa faham tentang kelab ini sehingga lah kawan karib aku Irwan telah mengajak aku untuk masuk ke kelab itu atas dasar aku ini hebat pasal komputer.
|
Monday, 13 July 2015
Peristiwa 28 Ramadhan
Abah, akhirnya kau pergi jua. Perginya abah pada 28 Ramadhan pada tahun 2013 telah banyak meninggalkan kenangan, didikan dan paling penting sekali kasih sayang yang tiada nilai dan tidak boleh dibeli dengan wang. Abah merupakan seorang guru yang disegani orang ramai,
Pernah dinobatkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 |
Antara sekolah yang pernah diajar oleh beliau :
- SMK Seri Bedena (Sekolah pertama beliau berkhidmat)
- SMK Taman Ehsan (Dinobatkan sebagai Guru Disiplin)
- SK Sri Damansara 2
- SK Bukit Rahman Putra
- SK Gombak Utara (Dinobatkan sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum)
- SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sekolah terakhir beliau sebelum pencen)
Pada suatu hari, aku pulang ke rumah daripada kampus UiTM Kuala Terengganu sempena cuti hari raya Aidilfitri, pada Ramadhan ke 24 aku pun telah sampai ke rumah. Melihat wajah abah ku senyum ternampak aku dengan muka keletihan sibuk mengemas rumah, Yelah, raya pun nak dekat kan. Arwah abah mendesak kami balik ke kampung secepat yang mungkin. Aku terus heran padahal aku baru sahaja sampai ke rumah dan aku berkata masih awal lagi kalau nak balik pun. Arwah abah tekad hendak balik kampung pada Ramadhan ke 27 malam.
Raya 2012 |
Pada malam Ramadhan ke 27, arwah abah telah mengajak kami solat jemaah bersama Solat Maghrib. Selepas Isyak pula, arwah sibuk ke dapur untuk siang ikan, potong ikan dan memasak, Pada malam itu arwah tidur lewat kira-kira pukul 1 pagi. Kemudian bangkit sahur pada 28 Ramadhan pukul 5 pagi. Arwah tumbang dikerusinya sesudah dua suapan nasi.
Umi dan Arwah Abah |
Umi terus mengangkat kepala arwah baring ke peha umi. Umi cuba mengeluarkan nasi dengan jarinya kerana mensyaki arwah jatuh kerana tercekik. Aku trauma dan gegas memanggil pakcik aku disebelah rumah. Nasib baiklah rumah kampung kami berdekatan dengan rumah pakcik-pakcik. Setelah sampai ke wad, satu berita yang saya terpaksa terima dan akur dimana arwah abah telah pergi ramatullah.
Sunday, 12 July 2015
My Biodata
Nama penuh : Arif Bin Abdul Rahman
Umur : 21 Tahun
Berasal : Selangor
Tempat Kelahiran : Hospital Besar Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 1 September 1994
Hobi : Bermain muzik, melancong dan jurufoto bebas
Status : Bujang
Keluarga Rahman
Abdul Rahman Bin Idrus (Abah) |
Sugiarti Binti Sukiman (Umi) |
Amir Hafiz Bin Abdul Rahman (Anak Sulung) |
Nurul Hanis Binti Abdul Rahman (Anak Ke-2) |
Amir Farid Bin Abdul Rahman (Anak Ke-3) |
Arif Bin Abdul Rahman (Anak Ke-4) |
Nur Atiqah Binti Abdul Rahman (Anak Bongsu) |
Pelajaran :
- SK Sri Damansara 2001 - 2004
- SK Bukit Rahman Putra 2005 - 2006 (UPSR)
- SMK Bukit Gading 2007
- SMK Seri Kundang 2007 - 2011 (PMR dan SPM)
- UiTM Kuala Terengganu 2012 - 2014 (Graduasi Diploma Seni Grafik dan Media Digital)
- UiTM Puncak Perdana 2015 - 2017 (Sarjana Muda Animasi dan Teknologi Kreatif)
Pekerjaan :
- Pereka Grafik Lensa Rencam Malaysia (Kelab Rasmi Utusan Malaysia)
- Jurufoto Syarikat Promega Pixel dan Jurufoto Bebas (Borderless Backpackers)
Pencapaian :
- Leftenan Muda Kesatria Negara (Komander Kesatria UiTM)
- Pelajar Terbaik Seni Grafik dan Media Digital
- Pemenang Foto Akhbar Mingguan Malaysia tempat ke 4 dan tempat pertama.
- Ketua Exco JPKK (Organisasi Jawatankuasa Komander Kesatria
- Pengasas Syarikat Promega Pixel dan Sharkies Production Crew
- Tempat pertama Pertandingan Orientaring Peringkat Pantai Timur (UiTM)
Subscribe to:
Posts (Atom)