Abah, akhirnya kau pergi jua. Perginya abah pada 28 Ramadhan pada tahun 2013 telah banyak meninggalkan kenangan, didikan dan paling penting sekali kasih sayang yang tiada nilai dan tidak boleh dibeli dengan wang. Abah merupakan seorang guru yang disegani orang ramai,
Pernah dinobatkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 |
Antara sekolah yang pernah diajar oleh beliau :
- SMK Seri Bedena (Sekolah pertama beliau berkhidmat)
- SMK Taman Ehsan (Dinobatkan sebagai Guru Disiplin)
- SK Sri Damansara 2
- SK Bukit Rahman Putra
- SK Gombak Utara (Dinobatkan sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum)
- SK Bandar Baru Sungai Buloh (Sekolah terakhir beliau sebelum pencen)
Pada suatu hari, aku pulang ke rumah daripada kampus UiTM Kuala Terengganu sempena cuti hari raya Aidilfitri, pada Ramadhan ke 24 aku pun telah sampai ke rumah. Melihat wajah abah ku senyum ternampak aku dengan muka keletihan sibuk mengemas rumah, Yelah, raya pun nak dekat kan. Arwah abah mendesak kami balik ke kampung secepat yang mungkin. Aku terus heran padahal aku baru sahaja sampai ke rumah dan aku berkata masih awal lagi kalau nak balik pun. Arwah abah tekad hendak balik kampung pada Ramadhan ke 27 malam.
Raya 2012 |
Pada malam Ramadhan ke 27, arwah abah telah mengajak kami solat jemaah bersama Solat Maghrib. Selepas Isyak pula, arwah sibuk ke dapur untuk siang ikan, potong ikan dan memasak, Pada malam itu arwah tidur lewat kira-kira pukul 1 pagi. Kemudian bangkit sahur pada 28 Ramadhan pukul 5 pagi. Arwah tumbang dikerusinya sesudah dua suapan nasi.
Umi dan Arwah Abah |
Umi terus mengangkat kepala arwah baring ke peha umi. Umi cuba mengeluarkan nasi dengan jarinya kerana mensyaki arwah jatuh kerana tercekik. Aku trauma dan gegas memanggil pakcik aku disebelah rumah. Nasib baiklah rumah kampung kami berdekatan dengan rumah pakcik-pakcik. Setelah sampai ke wad, satu berita yang saya terpaksa terima dan akur dimana arwah abah telah pergi ramatullah.
No comments:
Post a Comment